[PDF] Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursuskursus. di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Free Download PDF (2024)

1 Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursus-kursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Pembangu...

Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursus-kursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursuskursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Shahrulanuar Mohamed1, Ab. Aziz Mohd Zin, Fakhrul Adabi Abdul Kadir2 Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka 2 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

1

E-mel: [emailprotected], [emailprotected], [emailprotected] ABSTRAK Kajian ini membincangkan tentang pembangunan etika dan moral dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM. Kajian ini melihat pembangunan etika dan moral dalam kalangan pelajar dari sudut keperluan, pertumbuhan dan perkembangan psikologi pelajar, program-program pembangunan dan keberkesanan program. Ia bertujuan untuk mengetahui elemen-elemen etika dan moral yang terdapat di dalam kursus-kursus yang ditawarkan, mengetahui mekanisme yang digunakan dalam membangunkan aspek etika dan moral dan mengenal pasti kesan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pembinaan aspek etika dan moral terhadap para pelajar. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan merangkumi kaedah soal-selidik, temubual dan pemerhatian untuk mendapatkan data. Kajian ini mendapati elemen-elemen utama yang terdapat di dalam kursus yang ditawarkan adalah inovatif, berhemah tinggi dan daya usaha. Manakala mekanisme utama yang digunakan adalah melalui sesi kuliah, tutorial dan projek kumpulan. Hasil kajian juga mendapati keberkesanan pembangunan etika dan moral menerusi kursus yang ditawarkan berdasarkan tiga aspek iaitu pengetahuan, amalan dan sikap. Halangan kepada keberkesan juga diketengahkan menerusi perspektif pensyarah dan pelajar. Akhir sekali, pengkaji telah membuat rumusan terhadap kajian yang dijalankan. Saranan-saranan juga diberikan. Kata Kunci: pembangunan, etika dan moral, kursus-kursus di UTeM.

1.0 PENGENALAN Aspek moral dan etika mempunyai kaitan yang kuat dengan pembangunan sesebuah negara. Umum menyedari bahawa pada masa kini, banyak berlakunya kemerosotan moral dalam kalangan golongan

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

141

Journal of Human Capital Development

profesional di negara kita seperti rasuah dan pecah amanah. Masalah ini akan menyebabkan proses pembinaan modal insan kelas pertama akan terjejas. Menyedari hakikat ini masalah yang timbul mestilah diatasi dengan serius. Pihak kerajaan sedar akan kepentingan nilai etika dan moral dalam sistem pendidikan negara dengan adanya falsafah pendidikan negara yang menekankan keseimbangan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani serta merangkumi aspek akhlak dan berketerampilan. Universiti pula adalah agen perubahan dalam masyarakat yang berperanan memberikan pendidikan tinggi, sekali gus berfungsi menangani masalah kepincangan moral dan etika yang berlaku. Sehubungan itu, penubuhan IPT di negara kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam merealisasikan falsafah pendidikan negara. Pihak UTeM juga tidak terkecuali dalam mengambil tanggungjawab ini melalui misi penubuhannya yang menggariskan agar keluarannya mempunyai sahsiah yang murni, kompeten dan juga berketrampilan. sem*ntara itu, pembangunan etika dan moral menerusi kursus yang ditawarkan di UTeM amat berkait rapat dengan pelaksanaan Kemahiran Insaniah (KI) di IPT. KI adalah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik. Elemen KI untuk IPT ditentukan berdasarkan kepada pandangan pakar, kajian dan pengalaman IPT yang telah melaksanakannya. Tujuh elemen utama yang dipilih untuk dilaksanakan di IPT merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesionalisme dan kemahiran kepimpinan (Radin Umar, 2006). Sehubungan itu, persoalan ditimbulkan ialah sejauh manakah kursus-kursus yang ditawarkan dapat membangunkan elemen etika dan moral ke arah pembangunan modal insan negara. Berdasarkan kepada persoalan-persoalan di atas, maka satu kajian perlu dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut. Kajian ini akan membincangkan elemen-elemen etika dan moral yang terdapat di dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM, mekanisme yang digunakan dan juga kesan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pembinaan etika dan moral dalam kalangan pelajar. 1.1 Objektif Kajian Dengan merujuk kepada permasalahan kajian yang telah dinyatakan sebelum ini, terdapat tiga objektif kajian yang digariskan seperti yang 142

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursus-kursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

dinyatakan di bawah: 1. 2. 3. 4.

mengenal pasti elemen etika dan moral yang terdapat di dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM. mengenal pasti mekanisme yang digunakan dalam membangunkan aspek etika dan moral di dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM. mengenal pasti keberkesanan pembangunan etika dan moral dalam kursus yang ditawarkan di UTeM. mengenal pasti halangan pembangunan etika dan moral dalam kursus yang ditawarkan di UTeM.

2.0 KAJIAN LEPAS Dickinson (2000) pula dalam kajiannya Giving Undergraduates Managerial Experience mendapati bahawa kebanyakan daripada aplikasi baru yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan di tempat kerja boleh dipelajari melalui usaha gigih dan latihan daripada mereka yang sudah pun biasa dengan fungsi-fungsi pekerjaan tersebut. Dalam kajiannya juga, beliau mencadangkan agar model pembelajaran yang paling asas iaitu kemahiran generik adalah lebih penting daripada pembelajaran ciri-ciri spesifik dalam sesuatu kerja misalnya aplikasi komputer. Selain itu, hasil penemuannya juga menerangkan tentang jenis-jenis kemahiran yang ingin dilihat oleh majikan dalam profil graduan. Secara keseluruhannya, kemahiran-kemahiran yang diperlukan adalah berkaitan dengan komunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran personal dan interpersonal, tanggungjawab dan kebolehan mengorganisasi. Sehubungan itu, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Dickinson bolehlah disimpulkan bahawa kajiannya adalah merupakan kajian perbandingan di antara keperluan kemahiran teknikal di samping kemahiran generik. Kajiannya lebih memberi penumpuan di tempat kerja dan bukannya kepada kursuskursus yang diikuti oleh pekerja semasa mereka menuntut di tempat pengajian mereka. Harvey (2001) dalam kajiannya Defining and Measuring Employability mendapati bahawa kebolehpasaran graduan (graduate employability) boleh didefinisikan daripada pelbagai sudut, namun sebahagian besarnya berhubung dengan pemilikan suatu tahap kemahiran dan sifat yang tertentu oleh graduan, dan keupayaan untuk menggunakannya dalam pencarian dan pengekalan kerja. Menurut beliau seseorang yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi merupakan seseorang yang bermotivasi, berkeyakinan, komited, mampu membuat ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

143

Journal of Human Capital Development

penyesuaian dan fleksibel. Beliau juga sanggup bekerja dalam kumpulan, cekap dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, fasih berkomunikasi, berinovasi dan cekap menguruskan sebarang perubahan. Selain itu beliau juga mampu menonjolkan suatu penghayatan terhadap perniagaan, pendekatan yang memfokuskan pelanggan, komitmen terhadap kualiti yang terbaik, mempunyai keinginan yang kuat dalam pembangunan kendiri dan bersifat analitik terhadap pendekatan yang digunakan. Secara ringkasnya, kajian beliau lebih melihat kepada maksud kebolehpasaran graduan yang perlu dimiliki oleh graduan sebelum melangkah ke dunia pekerjaan dengan membincangkan kemahiran insaniah secara umum. Bagaimanapun, ianya tidak menyentuh penekanannya dalam kursus-kursus yang ditawarkan semasa di peringkat pengajian. Liew Chei Siang & Wye Chung Khain (2005) dalam kajiannya, Persepsi Pelajar Tentang Kepentingan Pembangunan Kemahiran Generik: Satu Kajian Kes di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM terhadap 80 orang pelajar tahun akhir di Pusat Pengajian Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati bahawa indeks pembangunan bagi semua kemahiran generik lebih rendah daripada indeks kepentingan. Mereka mendapati kemahiran generik yang mencatatkan keberkesanan pengajaran paling rendah ialah keupayaan berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Inggeris, di samping keupayaan penguasaan ICT dan pengetahuan komputer, keupayaan menangani risiko atau tekanan serta kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pada keseluruhannya, persepsi pelajar tentang tahap pembangunan dan tahap kepentingan bagi kebanyakan kemahiran generik yang dikaji tidak berbeza secara bererti mengikut modul pengkhususan dan pencapaian akademik. Ini bermaksud para pelajar akur akan kepentingan kemahiran generik namun pada masa yang sama penguasaan mereka terhadap kemahiran tersebut adalah rendah. Kajian ini mencadangkan bahawa kaedah PBL (Problem Based Learning) dalam pembelajaran dapat membantu pelajar membangunkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif supaya mereka tidak lagi menjadi ‘mesin peperiksaan’ yang mahir. Kajian ini hanya dijalankan kepada pelajar tahun akhir di Pusat Pengajian Ekonomi dan ianya tidaklah menyeluruh kepada sesebuah pusat pengajian. Oleh itu, ianya tidak menggambarkan keseluruhan kursus-kursus yang ditawarkan di UKM. Hazilah Mohd. Amin, Juhana Salim, Salwani Abdullah, Hairulliza Mohamed Judi dan Nor Azan Mat Zin (2006) dalam kajian Tahap Kepentingan Kemahiran Komputer Mengikut Fungsi Pekerjaan di Malaysia telah menjalankan kajian mereka terhadap tahap kepentingan kemahiran generik dan kemahiran komputer mengikut fungsi 144

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursus-kursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

pekerjaan Malaysia. Kajian yang mereka jalankan adalah kajian tinjauan untuk meneroka jangkaan majikan terhadap kemahiran generik dan kemahiran komputer yang pelajar perlu mahiri mengikut fungsi pekerjaan. Sejumlah 217 pengurus syarikat dalam berbagai bahagian dan jabatan telah menjawab soalselidik yang telah diedarkan bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran generik yang dianggap penting oleh majikan adalah kebolehan bekerja dalam kumpulan, kemahuan bekerja keras, kebolehan cepat belajar, komunikasi, pengurusan masa, kemahiran menyelesaikan masalah, bermotivasi dan kemahiran analitikal di samping kemahiran komputer yang lain seperti HTML, SQL, Visual Basic, JAVA, Microsoft Access, C/C++, General dan Oracle. Secara jelasnya, kajian ini hanya menumpukan kemahiran generik sebagai subjek kajian di samping kemahiran komputer yang dijangkakan oleh pihak majikan mengikut fungsi pekerjaan masing-masing. Dalam masa yang sama, kajian ini hanya dijalankan terhadap pengurus-pengurus syarikat yang tertentu sahaja dan tidak melibatkan penelitian terhadap kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat universiti. Berdasarkan beberapa kajian lepas yang dinyatakan sebelum ini ternyata bahawa kajian terhadap kemahiran insaniah telah pun dibuat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Kebanyakan kajian yang dibuat adalah melihat penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan graduan sebelum mereka diterima bekerja. Manakala bagi pihak majikan pula kajian yang dijalankan adalah melihat jangkaan mereka terhadap kriteria kemahiran insaniah yang perlu ada dalam kalangan graduan. Namun, tidak terdapat kajian yang menjurus kepada kemahiran insaniah dijalankan secara khusus terhadap penawaran kursus-kursus di institut pengajian tinggi, terutamanya di UTeM. Persoalan yang perlu diteroka ialah, apakah mekanisme pengajaran dan pembelajaran yang jelas telah dapat digunakan, di samping melihat pelaksanaannya supaya membolehkan elemen etika dan moral dapat dibina dalam diri pelajar. Walaupun ada kajian yang dibuat sebelum ini tetapi ianya tidaklah meluas dan tidak fokus terhadap persoalan-persoalan yang ingin dikaji dalam kajian ini. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Dua set borang soal selidik telah diedarkan kepada dua kategori responden iaitu pelajar dan pensyarah. Kaedah sampel rawak bertujuan digunakan kepada 371 orang pelajar dan 16 orang pensyarah yang terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang dijalankan dalam kajian ini mengandungi dua set soal selidik, iaitu set A (pensyarah dan set ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

145

Journal of Human Capital Development

B (pelajar). Dalam soal selidik set A, ia mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A adalah soalan yang berkisar tentang latar belakang responden seperti jantina, bangsa, umur, latar belakang pendidikan, fakulti, pengalaman mengajar, agama dan kursus yang diajar pada para pelajar. Manakala bahagian B, menjurus kepada soalan yang berkaitan dengan elemen-elemen etika dan moral yang terdapat dalam kursus yang diajar kepada pelajar. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian penting iaitu elemen nilai yang terdapat dalam misi dan visi UTeM nilai-nilai dalam KBSM berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992 dan yang ketiga nilai-nilai umum yang terdapat dalam kursus yang ditawarkan seperti disiplin, patriotik dan harga diri. Kesemua nilai-nilai tersebut terdapat dalam bahagian B. Bagi bahagian C pula ia merangkumi mekanisme yang digunakan untuk membangunkan etika dan moral pelajar melalui kursus yang ditawarkan. Responden akan memilih beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan dalam kuliah seperti kuliah, tutorial dan ujian. Bahagian yang terakhir adalah bahagian D yang meliputi halangan-halangan yang dihadapi oleh pensyarah dalam membangunkan etika dan moral para pelajar. Soalan dalam bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu halangan daripada diri pensyarah sendiri, para pelajar dan juga halangan daripada institusi (UTeM). Di akhir soalan, disediakan ruangan kepada responden untuk menyatakan apa-apa cadangan dan saranan daripada responden untuk membangunkan etika dan moral melalui kursus yang ditawarkan. Dalam set kedua pula, untuk para pelajar juga mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Secara umumnya, bentuk soalan ini terdapat persamaan dengan set pertama. Ini disebabkan pengkaji ingin melihat daripada perspektif pelajar pula mengenai kajian yang dilakukan. Oleh itu, bentuk soalan diubah suai berdasarkan kehendak kajian yang tertumpu kepada pelajar. Skala yang digunakan untuk ke dua set soal selidik A dan B adalah dengan skala Likert iaitu, 1 = sangat setuju, 2 = setuju, 3 = tidak setuju dan 4 = sangat tidak setuju. Soal selidik diedarkan kepada 16 kursus yang telah ditentukan dengan bilangan sebanyak 25 borang pada setiap kursus. Di bawah ini dinyatakan kursus-kursus tersebut beserta dengan bilangan borang yang diisi dengan lengkap oleh responden.

146

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

borang pada setiap kursus. Di bawah ini dinyatakan kursus-kursus tersebut beserta dengan bilangan borang yang lengkap olehyang responden. Pembangunan Etika dan diisi Moraldengan Dalam Kursus-kursus Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Jadual 1: 1: Bilangan responden mengikut kursus kursus Jadual Bilangan responden mengikut Bil.

Kursus

Jumlah

Peratus

1

FoundationEnglish

23

6.5

2

CriticalThinking

25

6.7

3

FalsafahSainsdanTeknologi

23

6.2

4

SepakTakraw

25

7.0

5

Hoki

7

1.9

6

Keusahawanan

20

5.4

7

PenerbitandanKewartawanan

24

6.5

8

SeniLukis

25

6.7

9

Al‐JabarLinear

25

6.2

10 LitarElektrikI

25

6.7

11 TeknikPengaturcaraan

25

6.7

12 MatematikKejuruteraan

25

6.7

13 TermodinamikI

25

6.7

14 SainsBahan

25

6.7

15 MatematikSainsKomputerI

25

6.7

16 GrafikKejuruteraan

24

6.5

Jumlah

371

100.0

mendapatkan kebolehpercayaan soalan yang Bagi Bagi mendapatkan kebolehpercayaan dan keesahan dan soalankeesahan yang dibina, pengkaji telah

dibina, pengkaji telah melakukan rintisdaripada terhadap sampel kajiandan melakukan ujian rintis terhadap sampel kajian ujian yang sama kalangan pensyarah yang sama daripada kalangan pensyarah dan pelajar (bukan sampel sebenar). Kajian rintis dibuat bagi menguji kefahaman responden soalan-soalan yang dikehendaki dalam kajian ini.dalam Ianyakajian juga ini. bertujuan menguji tentang soalan-soalan yang dikehendaki Ianya juga bertujuan menguji kebolehpercayaan yangKebolehpercayaan telah dibentuksoal kebolehpercayaan soal selidik yang telah dibentuk soal oleh selidik penyelidik. oleh penyelidik. Kebolehpercayaan soal selidik yang diuji melalui selidik yang diuji melalui ujian rintis dengan menggunakan kaedah kombinasi antara test-retest ujian rintis dengan menggunakan kaedah kombinasi antara test-retest dan equivalent-form reliability yang bertujuan untuk melihat internal consistency correlation co-efficient item-item (Gole, 1982). 7 pelajar (bukan sampel sebenar). Kajian rintis dibuat bagi menguji kefahaman responden tentang

Pengkaji telah menggunakan Cronbach’s Coefficient Alpha dalam mengukur kebolehpercayaan (realibility) item-item soal selidik. Tafsiran nilai Cronbach’s Coefficient Alpha Corelation Coefficients adalah seperti berikut:

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

147

(realibility) item-item soal selidik. Tafsiran nilai Cronbach’s Coefficient Alpha Corelation Coefficients adalah seperti berikut:

Journal of Human Capital Development

Jadual 2: Tafsiran nilai Cronbach’s Coefficient Alpha Corelation Coefficients Jadual 2: Tafsiran nilai Cronbach’s Coefficient Alpha Corelation Coefficients 0.00

Hingga+1.00

Padaasasnya

0.60

Hingga0.70

Satisfiedcoefficients

0.70

Hingga0.80

Satisfiedcoefficients

0.80

Hingga0.90

0.90

Hingga0.95

Customary satisfied acceptablereliability Sufficientscoefficients

0.90

Hingga+1.00

Verygoodreliability

0.90

Hingga+1.00

0.95

Hingga+1.00

Acceptable standardized test for internal consistency Acceptable standardized test for internal consistency

coefficients/

Bagi tujuan itu, seramai 10 orang pensyarah terlibat dalam ujian

Bagi rintis tujuan ini. itu, Manakala seramai 10 orang dalam ujian ini.pelajar Manakala untuk untukpensyarah pelajar terlibat pula, seramai 20 rintis orang telah

memberikan kerjasama. Bagimemberikan set pertama iaitu Bagi set set A pertama (pensyarah), pelajar pula, seramai 20 orang pelajar telah kerjasama. iaitu set A

himpunan soalan bahagian B menunjukkan cronbach alfa sebanyak 0.98, bahagian C pula 0.90 dan C adalah 0.72. Ini bermakna soalan C pula 0.90 dan C adalah 0.72. Ini bermakna soalan yang digunakan dalam set A ini mempunyai yang digunakan dalam set A ini mempunyai kebolehpercayaan yang kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut Majidmeskipun Konting, meskipun tiada batasan khusus tinggi. Menurut Mohd. MajidMohd. Konting, tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan yang lebih ukur, pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan Mohd. Majid, 2005). daripada 0.60 sering digunakan (Mohd. Majid, 2005). (pensyarah), himpunan soalan bahagian B menunjukkan cronbach alfa sebanyak 0.98, bahagian

Bagi Bagi set B untuk pula,pelajar cronbachpula, alfa yang ditunjukkan soalan bahagian set Bpelajar untuk cronbach alfa pada yangkumpulan ditunjukkan pada B

soalan bahagian B adalah 0.93, pulaIni0.85, adalahkumpulan 0.93, bahagian C pula 0.85, bahagian D 0.83 danbahagian bahagian EC0.78 jugabahagian menunjukkan D 0.83 dan bahagian E 0.78 Ini juga menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi seperti set A sebelum ini.

kebolehpercayaan yang tinggi seperti set A sebelum ini.

8

4.0

KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Perbincangan hasil kajian adalah menjurus untuk menjawab objektifobjektif kajian yang telah digariskan, iaitu: 4.1 Elemen etika dan moral yang terdapat di dalam kursuskursus yang ditawarkan di UTeM Elemen-elemen pembangunan etika dan moral yang diketengahkan dalam kursus tersebut adalah sebanyak 16 elemen iaitu kompeten, inovatif, kreatif, kerjasama, jujur, berdikari, hormat menghormati, berhemah tinggi, menepati masa, kerajinan, daya usaha, kesabaran, 148

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursus-kursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

berdisiplin, patriotik, harga diri dan bertanggungjawab. Namun di antara elemen yang mendapat peratusan tertinggi dalam kalangan pensyarah adalah kompeten, kerjasama, kerajinan, daya usaha, kesabaran dan berdisiplin. sem*ntara untuk kategori pelajar pula, mereka cenderung memilih elemen inovatif, berhemah tinggi dan daya usaha. Bagaimanapun, elemen patriotik adalah elemen paling rendah yang dipilih oleh semua responden. Kedudukan elemen mengikut pilihan responden dalam bentuk peratusan seperti berikut: Pensyarah 1. Kumpulan soalan B1 – B3: Kompeten (100%) 2. Kumpulan soalan B4 –B9: Kerjasama (100%) 3. Kumpulan soalan B10 – B16: Kerajinan, daya usaha, kesabaran dan berdisiplin (100%) Pelajar 1. Kumpulan soalan B1 – B3: Inovatif (90.3%) 2. Kumpulan soalan B4 –B9: Berhemah Tinggi (90.1%) 3. Kumpulan soalan B10 – B16: Daya Usaha (92.2%) 4.2 Mekanisme yang digunakan dalam membangunkan aspek etika dan moral di dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM Mekanisme yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pembangunan etika dan moral adalah sebanyak 12 mekanisme yang telah disenaraikan dalam soal selidik iaitu kuliah, tutorial, masa perundingan, ujian, kuiz, kertas kerja, pembentangan, amali makmal, projek kumpulan, peperiksaan, partisipasi dan kajian kes. Bagi pensyarah dan pelajar, mereka memilih mekanisme utama yang dapat membangunkan etika dan moral menerusi kaedah kuliah, tutorial, kertas kerja dan juga projek kumpulan. Kesemua kaedah tersebut telah dipilih sebagai kaedah yang berkesan untuk tujuan tersebut. Kajian juga mendapati kajian kes adalah mekanisme yang kurang mendapat persetujuan dalam kalangan responden dalam membantu usaha pembangunan etika dan moral. Sebagai rumusan, dalam perbincangan mekanisme yang digunakan dalam pelaksanan pembangunan etika dan moral dalam kalangan pensyarah dan pelajar dapatlah dilihat berdasarkan urutan peratusan berikut:

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

149

Journal of Human Capital Development

Pensyarah 1. Kuliah (100%) 2. Perundingan (93.8%) 3. Ujian (93.8%) 4. Projek kumpulan (93.8%) Pelajar 1. Kuliah (90.8%) 2. Tutorial (88.4%) 3. Partisipasi (87.9%) 4. Projek Kumpulan (87.4%) 4.3 Keberkesanan pembangunan etika dan moral dalam kursus yang ditawarkan di UTeM Kajian ini telah mengenal pasti kesan yang diterima oleh para pelajar berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada kajian yang telah dibuat. Sebanyak sembilan respon telah diberikan kepada para responden dan pengkaji mendapati kesan yang tertinggi adalah seperti urutan berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Menghargai ilmu pengetahuan (88.7%) Penghayatan nilai positif bertambah (87.9%) Melaksanakan tugas kursus dengan penuh bertanggungjawab (87.6%) Kreatif dalam menyelesaikan masalah (87.3%) Menjaga keterampilan diri (86.8%) Berbincang dengan pensyarah/rakan isu etika profesional yang berkaitan dengan kursus (83.6%) Memahami perasaan orang lain dengan baik (82%) Prejudis terhadap rakan (62.3%) Suka menyendiri daripada bercampur dengan orang lain (61.7%)

Manakala kesan yang paling sedikit adalah ’suka menyendiri daripada bercampur dengan orang lain’ yang menunjukkan peratus sebanyak 61.7% dan ’prejudis terhadap rakan’ sebanyak 62.3%. Peratusan keduadua respon tersebut diambil kira daripada kenyataan responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut menerusi soal selidik yang telah diberikan kepada mereka. Seterusnya kajian ini juga mengenal pasti kesan mengikut tiga aspek utama iaitu aspek pengetahuan, amalan dan sikap. Tiga komponen ini telah pun diserapkan dalam soal selidik yang telah diedarkan kepada mereka berdasarkan pelbagai respon dalam soal selidik. Kedudukan peratus tertinggi kesan tersebut adalah seperti berikut: 150

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursus-kursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

1. 2. 3. 4.4

Aspek amalan (87.4%) Apek pengetahuan (86.5%) Aspek sikap (68.6%)

Halangan pembangunan etika dan moral dalam kursus yang ditawarkan di UTeM

Dalam kajian ini, tiga halangan yang didepani oleh pensyarah adalah mengikut urutan berikut, 1) pelajar kurang rujukan/bahan/dokumen berkaitan etika dan moral (68.8%), 2) tiada garis panduan yang jelas untuk menilai aspek etika dan moral pelajar (68.8%), 3) kurang prasarana untuk menggalakkan pembangunan etika dan moral pelajar (56.3%). Manakala dari sudut pelajar pula, tiga halangan yang dihadapi oleh mereka adalah seperti berikut, 1) tiada garis panduan yang jelas untuk menilai aspek etika dan moral pelajar (56.4%), 2) kursus yang diambil banyak menekankan pengetahuan teknikal berbanding aspek etika (52.6%), 3) kurang prasarana untuk menggalakkan pembangunan etika dan moral pelajar (52.1%). Seterusnya kajian ini juga mengenal pasti bahawa pensyarah menghadapi lebih halangan daripada golongan pelajar dengan menunjukkan peratusan sebanyak 50% dan pelajar pula sebanyak 43%. Peratusan yang ditunjukkan oleh kedua reponden adalah hasil daripada komponen respon yang diberikan kepada mereka yang merangkumi halangan dari diri sendiri, pelajar, kursus dan institusi melalui soal selidik yang telah diedarkan. 4.5 Saranan Berdasarkan rumusan hasil kajian yang telah dibincangkan sebelum ini, pengkaji akan bawakan beberapa saranan kepada pihak-pihak tertentu untuk dikaji, dipertimbangkan dan dilaksanakan. Ini bertujuan mempertingkatkan lagi pembangunan etika dan moral di dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM. 4.5.1 Kajian selanjutnya Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah mengenai pembangunan etika dan moral di dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM. Oleh itu kajian yang dijalankan adalah terhad kepada kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM sahaja dan tidak merangkumi kesemua IPTA yang ada di negara kita. Oleh itu disarankan kepada pengkaji yang akan datang dapat meluaskan kajian ini kepada beberapa buah IPT yang merangkumi kesemua zon, misalnya zon utara, tengah dan selatan. Perluasan kajian ini diharapkan dapat memberikan input yang ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

151

Journal of Human Capital Development

lebih luas dalam membantu usaha KPT dalam menghalusi kepentingan elemen etika dan moral ini dalam penggubalan kursus-kursus yang ada di IPT di negara kita. Selain itu, kajian yang dijalankan adalah merangkumi kursus-kursus yang terpilih berdasarkan ’purposive random sampling’ dan dalam kajian ini hanya 16 kursus sahaja yang difokuskan. Ianya merangkumi kursus TP dan WU sahaja. Untuk itu, buat pengkaji akan datang diharapkan ianya dapat diteruskan kepada kursus-kursus lain yang dirasakan relevan untuk dikaji. Sebagai cadangan kursus-kursus elektif mungkin dapat diketengahkan sebagai kajian awal kerana kursus-kursus tersebut juga berpotensi untuk membangunkan nilainilai murni dalam kalangan pelajar seperti Bahasa Perancis, Cina dan Bahasa Arab. 4.5.2 Kementerian Pengajian Tinggi Langkah yang diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan memperkenalkan Modul Pembangunan Insaniah di semua IPTA di negara kita adalah salah satu usaha yang murni. Memandangkan KI yang dilaksanakan di semua IPTA masih dalam peringkat awal pelaksanaan, maka sudah tentu ianya berdepan dengan masalahmasalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, adalah dicadangkan kepada KPT untuk membuat tindakan susulan terhadap pelaksanaan KI yang telah berjalan. Kajian di peringkat kebangsaan haruslah dibuat dan hasil kajian itu boleh dijadikan kayu ukur kepada keberkesanan KI secara menyeluruh. Penambahbaikan daripada kekurangan yang timbul boleh dibuat bagi mengelakkan kelemahan tersebut menjadi semakin serius. Pengkaji mencadangkan tindakan susulan IPT untuk melaporkan hasil kajian masing-masing untuk mencari kekuatan dan kelemahan yang ada. Penyemakan kurikulum adalah perkara utama yang mesti dipandang serius oleh IPT. Ini adalah untuk melihat adakah KI, terutamanya elemen etika dan moral tersebut dapat melahirkan para pelajar yang berketerampilan dan diperlukan oleh majikan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan kuliah, peperiksaan dan latihan industri haruslah ditambah dengan menggalakkan para pelajar untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat. Oleh itu, kemahiran sosial pelajar dapat dipratikkan di alam nyata. Di samping itu juga, pemantauan secara berterusan haruslah dilakukan oleh KPT kepada semua IPT bagi memastikan KI ini diikuti dengan berkesan.

152

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursus-kursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

4.5.3 NGO Dalam kajian yang telah dijalankan pengkaji mendapati pihak NGO telah dapat menyumbangkan tenaga mereka dalam membantu pembangunan etika dan moral dikalangan remaja, khususnya para pelajar. Organisasi seperti Institut Khalifah, DDR dan IPTC haruslah dipuji kerana telah dapat memberikan sumbangan kepada remaja sama ada dalam program pembangunan dan juga pemulihan. Pengkaji mencadangkan agar pihak NGO ini dapat memberikan kerjasama dengan pihak kerajaan untuk mengembeling tenaga dalam mengukuhkan lagi pembangunan etika dan moral remaja. Kebanyakan program yang dijalankan adalah di atas platform sendiri dan menjurus ke arah pembangunan diri. Ianya haruslah mempunyai jaringan pintar dengan badan-badan kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan, pihak sekolah dan juga badan-badan kerajaan yang terlibat secara langsung ataupun tidak dengan remaja. Dengan adanya kerjasama pintar ini diharapkan program yang dijalankan dapat mencapai objektif secara menyeluruh dan memberikan kesan yang optimum. Selain itu, modul yang disediakan oleh NGO juga haruslah mampu untuk membantu negara dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pengkaji mendapati kebanyakan modul yang ada disediakan menjurus kepada program pembangunan dan pemulihan akhlak remaja. Bagi pengkaji, FPK adalah salah satu agenda yang harus dijadikan hala tuju dalam setiap program yang dijalankan. Bagaimanapun pendekatan Islam yang diambil oleh sesetengah NGO haruslah dipuji dan diberikan perhatian. Sehubungan itu, pengkaji menyarankan setiap NGO mempelbagaikan kaedah dan pendekatan dalam menangani isu etika dan moral remaja ataupun pelajar sesuai dengan kepakaran yang mereka miliki. Antara lain, penyertaan remaja sebagai jurulatih atau fasilitator adalah disarankan bagi memudahkan golongan sasar ini didekati. Melalui cara ini para remaja diharapkan akan lebih selesa untuk berkomunikasi tanpa adanya jurang usia sesama mereka. 5.0 KESIMPULAN Sebagai penutup, pembangunan etika dan moral dalam kalangan pelajar menerusi kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM haruslah dilihat sebagai satu usaha yang berterusan dalam memperbaiki peribadi pelajar. Usaha pembangunan ini hendaklah diteruskan dengan kerjasama oleh semua pihak sepertimana yang dicadangkan sebelum ini. Kekuatan yang ada pada elemen-elemen etika dan moral,

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

153

Journal of Human Capital Development

mekanisme yang digunakan dan kesan yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut diharapkan dapat menjadi petunjuk untuk kajian selanjutnya selepas ini. Halangan-halangan yang dihadapi oleh pensyarah dan pelajar dalam kajian ini juga mestilah diberi tumpuan agar ianya dapat memastikan proses pembangunan etika dan moral dapat diteruskan oleh generasi akan datang. RUJUKAN Azizi Yahya. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: Mac Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Dickinson, M. (2000). “Giving Undergraduates Managerial Experience” dalam Education + Training, Vol. 42. Gole H. Roid and Thomas M. Heldyna. (1982). A Technology for Test – Item. New York: Harcort Brace Joronarich Publisher. Harvey, L. (2001). “Defining and Measuring Employability” dalam Quality in Higher Education, Vol. 7, No. 2. Hazilah Mohd. Amin. (2006). Tahap Kepentingan Kemahiran Komputer Mengikut Fungsi Pekerjaan di Malaysia. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat: UKM. J. Supranto. (1986). Kaedah Penyelidikan Penggunaannya Dalam Pemasaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Liew Chei Siang dan Wye Chung Khain. (2005). “Persepsi Pelajar Tentang Kepentingan dan Pembangunan Kemahiran Generik: Satu Kajian Kes di Pusat Pengajian Ekonomi, UKM”, dalam Prosiding Persidangan Kebangsaan ke-2 Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Radin Umar Radin Sohadi. (2006). Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skill) untuk Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Stanley Richardson. (2005). How to Research: A guide for Undergraduate and Graduate Students. Singapore: Thomson Learning.

154

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursus-kursus yang Ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Suseela Malakolunthu (2001). “Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif: Satu Imbasan, dalam Marohaini (ed) (2001), Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

ISSN: 1985-7012

Vol. 4

No. 1

January-June 2011

155

[PDF] Pembangunan Etika dan Moral Dalam Kursuskursus. di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Free Download PDF (2024)

References

Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Carmelo Roob

Last Updated:

Views: 5278

Rating: 4.4 / 5 (65 voted)

Reviews: 80% of readers found this page helpful

Author information

Name: Carmelo Roob

Birthday: 1995-01-09

Address: Apt. 915 481 Sipes Cliff, New Gonzalobury, CO 80176

Phone: +6773780339780

Job: Sales Executive

Hobby: Gaming, Jogging, Rugby, Video gaming, Handball, Ice skating, Web surfing

Introduction: My name is Carmelo Roob, I am a modern, handsome, delightful, comfortable, attractive, vast, good person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.